Bicara Hati
Bismillahirrahmannirrahim,
Alhamdulillah diri ini masih lagi diberi peluang untuk bernafas dimuka bumiNya. Hari-hari pasti kematian itu akan terbayang dimindaku. Kadang, perasaan takut itu sering menyelubungi diriku. Aku bukanlah insan yang suci bahkan diri ini penuh dengan noda dan dosa. 'Bagaimanakah diri aku saat kematian datang menjemput aku? Adakah aku sudah bersedia saat itu? Atau mungkin peluh menyelubungi tubuhku kerana ketakutan yang amat sangat kerana belum sempat untuk aku bertaubat?'
Kematian itu sentiasa hampir dengan aku. Cuma, aku tidak tahu bilakah ianya akan muncul dihadapanku. Aku tahu selama ini kematian itu selalu menjengah diriku ini. Dek kelalaian aku, aku buta melihat semua itu. Aku terus terbuai dengan indahnya duniawi sehingga aku meninggalkan Dia.
Amalan apakah yang akan aku bawa untuk kesana nanti? Solat? Puasa? Sedekah? Atau apa? Aku tidak tahu..semua amalanku itu belum tentu cukup sempurna untuk menolongku nanti...
Setiap hari pasti ada pesanan yang cuba Dia sampaikan kepada aku. Dia sentiasa dekat dengan aku walaupun berulang-ulang kali aku mengkhianatiNya. Walaupun berulang-ulang kali aku berdusta dengan kata-kataku. Baiknya Dia walaupun aku ini masih lagi hambaNya melampaui batas. Dia sentiasa tahu apa yang sedang aku lakukan saat itu. Dia begitu hampir denganku tetapi aku buta untuk melihatnya. Bodohnya aku!
Saat kakiku tergelincir dan terjatuh kedalam lembah yang dalam, aku buntu. Dimanakah jalan keluar untuk aku lalui? Semuanya terlihat gelap tanpa ada sedikitpun cahaya yang menyuluh. Aku menangis dan meraung meminta tolong. Aku menjerit memanggil keluarga dan sahabatku. Dimankah mereka saat ini? Dimanakah mereka saat aku perlukan mereka? Aku takut...aku takut...aku takut...aku tidak sanggup sendirian seperti ini.
Mengapa saat ini masih lagi kucari manusia sedangkan mereka bukanlah yang benar-benar ada disisiku. Buktinya, saat aku diulit kesulitan pasti semuanya lesap dari pandanganku. Kadang, mereka menunding jari kepadaku atas apa yang terjadi. Aku hanya mampu mendiamkan diriku..aku tahu aku tidak akan menang walaupun sekuat mana hujah yang aku berikan. aku tahu...
Aku merintih kepadaNya..'bantulah aku Ya Rabb, aku lemah..saat ini, jiwaku terasa kosong'..Aku cuba membaca butir-butir ayat al-Quran. Tetapi, ianya seolah-olah kosong. Walaupun aku cuba mengalunkan bacaanku, ianya tetap kosong. Aku tak mampu menangis saat terpandang ayat-ayat itu. Adakah ini kerana hatiku sudah dipenuhi dengan titik hitam?
Aku terus kembali kepadaNya walaupun saat itu terasa kosong. Aku tetap meneruskan juga apa yang telah aku tinggalkan sebelum ini. Dan ketika itu, Dia hadirkan sesuatu didalam hatiku. Sesuatu yang pernah aku hilang sebelum ini. Setitis demi setitis airmataku tumpah kebumiNya. Inikah jawapan dariNya. Dia sentiasa mendengar dan melihat apa yang yang aku rasai dan lalui.
Dia kirimkan sesuatu yang saat ini akhirnya mampu menyelinap kedalam hatiku. namun, seberapa lamakah ianya bertahan? Aku tidak tahu...selama ini pasti akan ada fasa kejatuhan didalam diriku disaat aku sudah mulai merasa aku dekat denganNya. Mungkin Dia sedang menguji aku. Mungkin Dia sedang mengajar aku..
Aku hanyalah manusia yang terus melakukan dosa kerana aku bukanlah insan yang sempurna. Namun, akanku pegang ajaran yang dibawa oleh Baginda rasulullah S.A.W didalam hidupku. Bukan hanya aku pegang didalam dakapan kerana andai pegangaku lemah sat itu, ianya pasti terlepas dari dakapanku.
Bukan aku sahaja yang mengalami semua ini..tapi semua yang membaca pasti ada coretan yang berbeza yang mungkin aku tidak kuat berada didalamnya. Setiap insan itu berhak merasai setiap kurnian dariNya. Walaupun iman kita terasa sangat lemah saat itu, jangan tinggalkan apa yang sudah kita bina selama ini. Terus membina dan jangan berhenti..kerana jika sekali kita berhenti, pasti ianya jauh lebih perit untuk memulai semula apa yang pernah kita mulai suatu ketika dahulu.
Comments
Post a Comment