Asyiqqah Billah


    Setiap kali ditimpa musibah, pasti kakiku lemah lalu tersembam kebumi. Siapalah aku hendak melawan segala takdir yang telah Dia ukir buatku. Yang pasti setiap yang tertulis diatas muka bumi ini pasti ada hikmah yang tercoret disebaliknya. Aku akur kerana Dia lah satu-satunya tempat yang aku ada untuk aku bergantung. Aku lemah tatkala jauh dariNya. Dan saat itu, Dia kirimkan musibah buatku agar aku mendongak kelangit dan berdoa kepadaNya 'akulah selemah-lemah hambaMu'.

٭٭٭٭٭٭٭

Dialah yang aku ada untuk aku meluahkan segala yang terbuku dihati ini. Kekuatan yang aku genggam selama ini adalah kiriman dariNya buat diriku. Sayangnya Dia padaku membuat aku semakin yakin dan percaya kepadaNya. Semoga hati ini kekal buatNya semata-mata.

٭٭٭٭٭٭٭

Aku mendongak kelangit lalu hatiku pon berbisik 'indahnya ciptaan yang Dia ukir ini'. Tanpa aku sedari, air mataku menitis kebumi milikNya. Sedangkan awan itu kadangkala mendung dan kadangkala cerah, mengapa aku harus mengeluh pada pemberianNya. Mungkin hari ini aku perlu dibawah tapi aku yakin suatu saat Dia akan meletakkan aku pada kedudukan yang tidak kusangka-sangka.

٭٭٭٭٭٭٭

KEEP FAITH ON HIM

Pesanan buat semua pembaca Harfa Pena,

A053

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


٭٭٭٭٭٭٭


Mengapa dikau perlu bersedih sedangkan Dia mendengar apa yang engkau perkatakan. Yakin dan percayalah andai bukan hari ini Dia mengabulkannya, suatu saat pasti Dia memberikan segala jawapan yang engkau minta itu. Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya. Pujuklah hatimu agar sentiasa kembali padaNya. Andai berat untuk engkau menadah tanganmu, bisikkanlah dihatimu itu yang engkau perlukan Dia. Dia sentiasa mendengar walaupun hanyalah hatimu yang berbicara.




Comments

Popular posts from this blog

Bicara Hati