Bicara Hati
Bismillahirrahmannirrahim, Alhamdulillah diri ini masih lagi diberi peluang untuk bernafas dimuka bumiNya. Hari-hari pasti kematian itu akan terbayang dimindaku. Kadang, perasaan takut itu sering menyelubungi diriku. Aku bukanlah insan yang suci bahkan diri ini penuh dengan noda dan dosa. 'Bagaimanakah diri aku saat kematian datang menjemput aku? Adakah aku sudah bersedia saat itu? Atau mungkin peluh menyelubungi tubuhku kerana ketakutan yang amat sangat kerana belum sempat untuk aku bertaubat?' Kematian itu sentiasa hampir dengan aku. Cuma, aku tidak tahu bilakah ianya akan muncul dihadapanku. Aku tahu selama ini kematian itu selalu menjengah diriku ini. Dek kelalaian aku, aku buta melihat semua itu. Aku terus terbuai dengan indahnya duniawi sehingga aku meninggalkan Dia. Amalan apakah yang akan aku bawa untuk kesana nanti? Solat? Puasa? Sedekah? Atau apa? Aku tidak tahu..semua amalanku itu belum tentu cukup sempurna untuk menolongku nanti... Setiap hari pasti ada pesanan yan...