Asyiqqah Billah
Setiap kali ditimpa musibah, pasti kakiku lemah lalu tersembam kebumi. Siapalah aku hendak melawan segala takdir yang telah Dia ukir buatku. Yang pasti setiap yang tertulis diatas muka bumi ini pasti ada hikmah yang tercoret disebaliknya. Aku akur kerana Dia lah satu-satunya tempat yang aku ada untuk aku bergantung. Aku lemah tatkala jauh dariNya. Dan saat itu, Dia kirimkan musibah buatku agar aku mendongak kelangit dan berdoa kepadaNya 'akulah selemah-lemah hambaMu'. ٭٭٭٭٭٭٭ Dialah yang aku ada untuk aku meluahkan segala yang terbuku dihati ini. Kekuatan yang aku genggam selama ini adalah kiriman dariNya buat diriku. Sayangnya Dia padaku membuat aku semakin yakin dan percaya kepadaNya. Semoga hati ini kekal buatNya semata-mata. ٭٭٭٭٭٭٭ Aku mendongak kelangit lalu hatiku pon berbisik 'indahnya ciptaan yang Dia ukir ini'. Tanpa aku sedari, air mataku menitis kebumi milikNya. Sedangkan awan itu kadangkala mendung dan kadangkala cerah, mengapa aku harus mengeluh pada ...